Khamis, 12 Januari 2017

APLIKASI PRINSIP SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN


JABATAN
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

NAMA & KOD KURSUS
DUA2012 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH
PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI

TAJUK TUGASAN
 APLIKASI PRINSIP SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM:
KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN

SESI: DISEMBER 2016 (DGU 2B)

NAMA AHLI KUMPULAN


NO
NAMA
NO MATRIK
1
NORSYAHIRAH BINTI MOHAMAD NORAZMI
02DGU16F1017

2
NUR SYAZWANI BINTI KHAMZANI
02DGU16F1019

3
NURUL NAJIHAH BINTI HASHIM
02DGU16F1049
4
NUR HAZWANI BINTI MOHAMAD RIDZWAN
02DGU16F1079

5
NOOR HAFIZA BINTI MAZMIN
02DGU16F1083


 
PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia rahmatnya, kerana telah memberi keizinan kepada kami untuk menyiapkan tugasan projek kami iaitu penulisan blog, serta Selawat berserta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar iaitu Puan Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta berkongsi maklumat dalam menyiapkan penulisan blog ini.



          Sekalung penghargaan juga buat kedua ibu bapa kami yang memberi semangat dan dorongan untuk menjayakan blog ini. Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada ahli kumpulan saya atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang menyiapkan blog ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat yang sepanjang kami menyiapkan penulisan blog ini.

PENDAHULUAN

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun Non Muslim . Selain hukum dan  peraturan, Syariat Islam juga mengandungi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Kemudian Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikut syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang – orang yang tidak mengetahui.
(Al – Jasiyah : 18) 

            Kaedah dari segi bahasa bermaksud tapak, asas rumah dan prinsip, Fiqh pula bermaksud suatu kefahaman dan kaedah fiqh ialah koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu. Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama‟ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara kemaslahatan ummah kini. Antara salah satu kaedah fiqh yang dibincangkan ialah kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan dan yang kedua ialah kemudaratan hendaklah dihilangkan.

            Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan bermaksud apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi. Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring. Kesusahan ini juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.

      
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA


Perkataan Fiqh merupakan percahan bagi kata dasar fiqah dan diulang sebanyak 20 kali dalam Al-Quran. Maksud Fiqh dari sudut bahasa ialah memahami dan mengerti kerana setiap ilmu datangnya dari allah. Dari sudut istilah pula, mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal dengan mendalam dan terperinci yang diambil daripada dalil yang terperinci.

Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan

Musyaqqah (kesukaran)
Tujuan :

1) Kesukaran yang mendatangkan kesenangan dan keringanan adalah terkeluar daripada garis kesukaran biasa seperti tugas-tugas itu amat berat dlaksanakan, serta membawa kepada kemudaratan kepada diri atau harta benda serta diberi rukhsah sebagai pengecualian daripada melakukan sesuatu kewajiban. Diharuskan rukhsah

2) Kesusahan yang membawa kemudaratan.

Sebagai contoh:
• Dibenarkan tidak berpuasa bagi orang yang sakit tapi wajib mengqadakan Diharamkan rukhsah

3) Kesusahan yang tidak membawa kepada kemudaratan.

Sebagai contoh:
• Tidak berpuasa pada hari tersebut disebabkan keadaan cuaca yang sangat panas.


Kesukaran Menyebabkan Berlakunya Kemudahan Dan Keringanan

1) Kekurangan
Kekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar

2) Jahil
Kejahilan dimaksudkan merujuk kepada hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang manusia atau kejahilan juga bermaksud suatu keaadaan tidak tahu perkara sebenar

3) Sakit
Kesakitan memberi makna diberikan kemudahanuntuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk

4) Musafir
Seseorang dibenarkan bermusafir jika dengan tujuan yang baik untuk menyempurnakan kewajipan tertentu. Contohnya seseorang dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak bagi menggantikan solat fardhu yang penuh

5) Kelupaan atau terlupa
Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada siang hari bila ia terlupa

6) Paksaan
Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat

7) Umummul Balwa
Perkara yang telah diterima dan dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya percikkan tanah merah yang mengenai pakaian


KONSEP RUKHSAH

1) Pengguguran
Digugurkan atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan meninggalkan puasa ramadan disebablan kesakitan yang berat.

2) Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara. Contonya dibenarkan mengurangkan solat fardhu 4 rakaan kepada 2 rakaat.

3) Pendahuluan
Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab kesukaran yang tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas sebab musafir.

4) Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Contohnya bertayammum untuk mengantikan wuduk.

5) Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan kesukaran. Contohnya melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.

DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN


Antara sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.

HURAIAN DALIL DARIPADA AL- QURAN
mengenai kaedah fiqh kesukaran menjadi sebab kepada keringanan.

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). 

Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku 
dengan satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah 
diperintahkan Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku? Nabi Ismail a.s menjawab:
Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata:Sesungguhnya Allah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. 
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu
  
BERDASARKAN DALIL AL-SUNNAH

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan aku menyusahkan dan membawa kesusahan, tetapi mengutusku sebagai pembimbing
yang mempermudahkan.
" (Riwayat Aisyah r.ha.)




HURAIAN DALIL BERDASARKAN AL-SUNNAH DI ATAS

Hadis tersebut menjelaskan ketinggian agama Islam, perundangannya yang mudah dan Allah S.W.T telah menghilangkan kesusahan daripada umat ini. Hadis menunjukkan kebimbangan Rasulullah S.A.W jika berlaku kersukaran ke atas umatnya.

5 CONTOH APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

1.Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk melaksanakan solat jamak dan qasar kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.
2.Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan mengantikannya pada hari yang lain.
3.Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang bermusafir dengan syarat tertentu.
4. Musafir yang pergi melancong ke negara lain diharuskan untuk makan di kedai makan orang islam walaupun tidak melambangkan logo halal.
5. Musafir yang tinggal di hotel negara lain diharuskan untuk melakukan solat walaupun tiada petunjuk arah kiblat dengan menyakini solat diterima Allah S.W.T.

RUMUSAN



Syariat Islam tidak mentakrifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka.
Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna. Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallaf adalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-mana cara sekalipun.
Ada kecualian dari kaedah tersebut di atas, misalnya, wanita yang sedang menstruasi yang meragukan, apakah sudah berhenti atau belum. Maka ia perlu mandi wajib untuk solat. Contoh lain, apabila orang ragu, apakah yang keluar itu mani atau madzi. Maka ia wajib mandi wajib. Padahal ia ragu, yang keluar itu mani yang mewajibkan mandi atau madzi yang tidak mewajibkan mandi. Contoh lain, baju seseorang terkena najis, tetapi ia tidak tahu bahagian mana yang terkena najis. Maka ia wajib mencuci baju seluruhnya.
Rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah S.W.T, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah-kaedah dalam syariat islam.
Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh islam maka ia akan memberi kelongaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.


LAMPIRAN




























RUJUKAN

http://transformasiummah.blogspot.my/2011/02/qawaid-fiqhiyyah-tugasan-method-fiqh.html

http://ctu101az.blogspot.my/2009/12/bab-3-syariah-dalam-kehidupan-muslim.html

http://pt.slideshare.net/noraneez/solat-ketika-sakit-30214885




Tiada ulasan:

Catat Ulasan